Friday, March 11, 2016

Kegagalan sekarang bukan untuk selamanya

Salam Isyak semua pembaca. 


"Setiap orang ada masa jatuh dan masa gagal. Habiskan jatuh gagalmu sewaktu kamu masih muda." - Dahlan Iskan , CEO of Indonesian newspaper publisher

Sekarang ni kita dapat tahu yang semua orang ada waktu kegagalan. Pelbagai jenis kegagalan. Ada yang frust menonggeng tak dapat straight A's PT3/SPM/STPM/STAM , tak lulus tender dan banya lagi.~

Sekali kita gagal, tak bermakna setiap hari,masa kita gagal. Kegagalan itulah yang akan menjadikan kita seorang yang berjaya. Orang yang meratapi kegagalan adalah bukti kelemahan hati seseorang. Kita sebagai hamba Allah kena sentiasa ingat yang bahawa Allah takkan merancang sesuatu tanpa hikmah suatu hari nanti. Jangan pernah mengeluh hanya kerana menghadapi saat kegagalan kerana kegagalan itulah yang bakal mengajar kita bagaimana untuk belajar menjadi insan yang berjaya. 
Saya pernah menangis bila tengok results Bahasa Arab Ujian Penilaian 3 tahun lepas (form1) fail. F. Gagal. Menangis, meratapi dan salahkan diri sendiri. Rasa macam diri ni terlalu bebal. Bahasa syurga dapat F. Apa yang saya belajar selama 6 bulan? kosong. Dan hikmahnya alhamdulillah saya dapat A dalam mata pelajaran yang sama pada ujian akhir tahun. Kejutan yang Allah bagi. Terima kasih. Waktu tu rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah again. Thank you Allah.
Kalau kita gagal cuba cari atau tengok balik apa yang kurang, apa dosa kita. Contoh dulu kita ada tak solat ke, berhutang tak bayar ke kan? Bertaubat. Mintak pertolongan Allah. Mohon ampun. Yang berhutang bayar balik. Jelaskan secepatnya. Yang ada tinggal solat tu, qada' balik. Itu pun dikira hutang. Hutang kita dengan Allah. 
Lepastu kata kata yang keluar dari mulut kita. Kawan saya selalu cakap bila saya selalu down dan merungut. Dia cakap 
"Awak setiap patah yang keluar dari mulut kecik tu semuanya doa. Behave. Tak baik cakap macam tu. Itu dah macam salahkan diri sendiri. Salahkan takdir Allah. Awak dah usaha + doa = tawakkal kan? Takde rezeki lagi buat sekarang ni. Setiap apa yang jadi mesti ada sebab dia. Ingat tu!" - someone kind
Thank you for all of your advice girls. In Sha Allah saya cuba jadi seorang yang bersyukur. Bersyukur dan redha dengan apa yang ada. Seorang yang boleh jadi pembangun ummah satu hari nanti. Menegakkan keadilan. Saya cuba untuk jadi seorang hamba yang taat pada perintah Allah SWT. Tak melanggar larangannya dan semoga kita semua dapat dijauhkan dari fitnah Dajjal laknatullah. Inshaallah.

Okay last words untuk kita semua, Allah merahsiakan masa depan kita sebab DIA nak kita berusaha. Tahu erti gagal dan berjaya dalam kehidupan di dunia yang sementara sebelum ke alam yang kekal. Allah pun merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik, merancang dengan baik, berusaha dengan bersungguh-sungguh serta bersyukur dan bersabar.

Assalamualaikum.

Hamba yang berdosa,
Iffah Nadiah
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI