Salam Maghrib.
Happynya diri meloncat sampai ke pluto taw bila titew tahu titew ditag dari Sis Somel . Thank youuu. Lama dah kita berharap nak tertag bila bloggers lain buat post QUESTION TAG ni tau... tapi nak wat camne en? majok ah gini.*nyorok bawah katil*
Okay dah tanpa meleret panjang melayan drama swasta Iffah Nadiah yang tak berapa nak laku ni, apa kata kalau kita teruskan menjawab soalan-soalan yang ditujukan. *happy happy loncat loncat*
kipas-susah-mati power puff girls |
1. Apakah impian anda yang paling anda nak?
Nak bahagiakan orang sekeliling dan tak nak matikan harapan mereka seperti orang yang berharap gila gila bintang then bintang jatuh macam tu je sebab tak dapat capai. *hujan hujan muka sedih*
2. Apakah perkara-perkara atau benda yang comel bagi anda?
Benda yang comel? Bagi pipah, teddy bear yang berasakan haiwan. Paling minat burung hantu dengan mermaid. Sampai keychain,casing,buku semua ada gambar burung hantu.
3. 15 tahun kemudian, agak agak macam mana keadaan anda, ya?
15 tahun kemudian dah umur 28 tahun. Rasanya dah kerja dan dah kahwin. Takpun kalau tak kahwin lagi sambung belajar. Tapi orang perempuan zaman sekarang sebelum 30-an tu ramai dah kahwin. Takpun ramai mak-mak Jemah tu dok gossip sebab kita ni tak kahwin lagi even dah 30 tahun, Mulut orang bukan boleh nak tutup kan u olls.
4. Buku atau cerita yang membawa 1001 makna dalam hidup anda?
Novel. Bila pipah baca je novel, rasa macam banyak pengetahuan kita dapat. Bukan setakat dapat mengenal erti cinta tapi dapat banyak iktibar dan pengajaran disamping kita berangan sampai ke Pluto. Bermakna lah tu. I dapat 1001 pengajaran tau kalau kita mengayati betul2.
5. Alat muzik apa yang anda harap dapat mainkan?
Piano and guitar. Biarlah tak reti main dulu pun mana tahu nanti belajar sampai berjanggut boleh ganti Man Kidal ke? *ye tak nama dia tu?*
6. Apakah / Siapakah yang memberi inspirasi kepada anda untuk terus ber-blogging?
- Untuk soalan apakah ialah pembaca. Setiap kali tengok viewers post cecah 20++ viewers raa macam nak update-update dan terus update.
- Untuk soalan siapakah is Kak Fatin Liyana dan Kak Leya
6. Genre(s) kegemaran anda? (tak kisahlah buku atau filem)ofc romantic.
7. Ceritakan pengalaman yang membanggakan diri anda.
bukan nak riak cuma nak sharing. |
Umrah June 2014.
8. Adakah anda ada trauma / fobia kepada apa-apa? Bolehlah kongsikan dengan kami.
Fobia dengan gelap dan ular. Gelap tu sebab I boleh bayangkan apa-apa je yang horror akan ada depan mata bila lampu dan terbuka. atau ada benda yang tumpang or anything. Bab binatang yang menggelikan ni memang tak suka. Tak suka sangat dengan binatang tapi kalau kucing tu boleh dipetimbangkan lagi lah kut.
P/S: Demi menjaga hati dan perasaan people semua, I tag semua people yang sedang membaca ye :) iloveyouuu
Answer semua ni okeyh people!Terima kasih sudi menjawab people sayang. iloveyou again and again.
- Boleh bagi pandangan tentang blog I Write Everything Here?
- Apakah pengalaman yang paling manis anda tidak boleh lupakan?
- 3 movie terbaik 2015
- Ciri-ciri blogger yang anda sukai?
- Intagram or twitter? kenapa?
- Tempat yang teringin sangat nak pergi dengan special person?
- Idola uolls dalam dunia blog?
- Decsribe yourselfm:)
- Apa benda yang paling kejam yang korang pernah buat? haha.. Meh share sikit.
- Kalau anda diberi sebanyak 300k apa yang anda akan buat dengan duit sebanyak tu?
Yang menulis dari hati,
Iffah Nadiah
welcome dear, thanks jawab tag! peminat burung hantu rupanya XD wahh, dah pergi umrah. bilalah turn saya pulak ya :3
ReplyDelete