Seluarnya lusuh, berjambang, butang baju dada terbuka dan berselipar, sudah
cukup untuk menggambarkan dirinya seperti seorang gelandangan yang kurang akal.
Terjumpa pula di stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Kuala Lumpur, sah dia
seorang gelandangan!
Tetapi sangkaan saya meleset.
Sedang saya masu ke pintu KTM, dia
berhenti berjalan dan menegur saya dengan bahasa inggeris yang amat fasih
sekali. Cuak saya, ingatkan ada orang gila yang menegur.
Setelah dipandang benar-benar wajah
beliau, masyaAllah. Doktor Saiful Ad-Daulah, pensyarah i'jazul quraan Fakulti
Quraan dan Sunnah. Beliau yang ingin ke Port Klang mengambil bagasi-bagasi
untuk dibawa pulang ke khartoum.
Saya mencium tangan beliau di depan
orang ramai sehingga semua terasa terkejut. Ya, ini kerana mereka semua
mengandaikan beliau seorang lelaki India yang gila. Padahal di dalam dada
beliau penuh ilmu usul quraan dan habis. Tanya sahaja makna pada
perkataan-perkataan hadis, beliau akan menerangkan dengan penuh
terperinci.
Pensyarah yang tidak mempunyai
kenderaan kecuali kedua kakinya.
"Kenapa tuan keluar dengan
berpakaian seperti ini?" soal saya pada dia.
"Saya hanya berpakaian kemas di
hadapan pelajar dan universiti. Di luar universiti, saya hanyalah manusia
biasa," katanya.
Semua mata tertumpu pada kami
sehingga membuatkan beliau terasa malu. Masakan tidak, orang menyangka dia
seorang lelaki India berstatus gelandangan sedang fasih berbahasa Arab.
Beliau sempat menghuraikan kepada
saya beberapa hadis dan athar sahabat dengan penuh ilmu sambil saya membiarkan
tren saya berlalu begitu sahaja kerana saya takut saya tidak mempunyai peluang
keemasan bersama dengan beliau di masa akan datang.
Beliau langsung tidak memandang ke
arah perempuan, malah jalannya sentiasa menunduk. Jika pelajar yang rajin ke
Surau Anggerik, beliau adalah jemaah harian di situ.
"Saya tidak pernah menaiki
kenderaan ke surau, malah saya ingin sentiasa berjemaah di sana tetapi apakan
daya Zohor dan Asar memaksa saya berjemaah di surau fakulti,"
katanya.
MasyaAllah, tidak tinggal solat
jemaah.
Beliau memberitahu yang kontraknya
dengan USIM sudah tamat dan akan pulang ke khartoum selepas mengambil bagasi di
Port Klang.
Hilangnya seorang alim mutiara ilmu
di USIM. - Amir Zuhair | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
Sumber : here!